Rasa macam dah lama tak update blog ni. last pun tahun lepas >.<
So macam tajuk dia gak, post ni berkenaan dengan my latest vacation kat krabi,Thailand.
Mulanya plan nak pi Hatyai ja satgi Jen pulak offer gi Krabi terus sebab member dia nak gi sekali. Bila tarikh dah confirm, terus uruskan tiket, passport dan segala bentuk keperluan yang kena ada. actually memang agak kelam kabut sikit sebab dah hujung hujung cuti sem, so banyak lah nak kena urus. tapi alhamdulillah lah takde masalah sangat dan trip pun berjalan seperti dirancang. post ni panjang sikit ok. So mohon bertabah.
Aku bertolak dari KL ke Perlis (padang besar) naik ETS. Jen yang book kan since masa tu aku cam busy sikit. Patutnya kalau pakai kad student ETS boleh dapat 50% tapi sebab aku tak apply, so harga normal lah. Rm 77. Otw nak gi perlis tu aku tak berseorangan, sebab ada nadia temankan. Nadia ni "kawan" kepada sorang member jen yang join trip ni sekali so kitorang gerak sekali. hari nak gerak tu pun drama dah start dah. At first since nad ni sampai dulu, dia gi lah tanya polis bantuan tu kat mana ruang menunggu untuk ETS kat TBS tu, lepastu pegawai tu pulak cakap actually kena tunggu kat KL Sentral. Sebab nakkan confirmation, nad tanya lagi pegwai lain and semua bagi jawapan sama. apa lagi, nad terus call aku and aku naik grab terus dari UKM bangi ke KL sentral. nasib baik sempat. fuh.
Dalam pukul 4 lebih kitorang sampai perlis then yang pickup kitorang jen and senpai. Lepastu terus gerak ke money converter yang kat sebelah KFC tu. Dorang kata kat situ ok sikit. Ha pesanan untuk bakal bakal traveller, keluar siap duit tu lebih pun takpe. Bila nak convert tu yang bia sikit sikit pun takpe sebab kat sana kalau tak cukup duit then barulah nak kelua duit malaysia then tukar, memang leceh sangat. Lagipun kalau lebih duit malaysia boleh je cdm balik bila dah habis trip tu. Tapi better tukar duit kat malaysia. Dah settle tu semua, kitorang jalan jalan jap kat padang besar sebelum balik uniciti kat padang besar tu.
Sabtu , 15hb september 2018
Akhirnya tiba pun hari yang dinanti nanti. Pukul 8 am kitorang gerak dari uniciti ke ktm untuk naik train ke hatyai. masa sampai tu terus rasa nak istighfar sebab ya tuhannn ramai gila manusia. So kitorang pun cepat cepat masuk line untuk beli tiket. Beratur nak beli tiket pun ambik masa sejam camtu. belum beratur untuk imigresen pulak. So dah beli tiket, masuk barisan imigresen malaysia untuk serahkan white card dan scan passport. Lepas tu masuk barisan imigresen thai pulak untuk cop dan barulahhh boleh dapat masuk train. Haritu kitorang dapat duduk dalam tu dalam kul 11 lebih gak. siapa yang lambat tu memang tak dapat duduk ah. Berdiri lah kau sepanjang jalan tu. Tapi tak lama pun. Ambik masa dalam 45-55 mins ja. Siapa yang tak tahan lapar tu boleh je makan dalam tu. tapau lah siap siap. Kitorang makan roti je.
Bila dah sampai Hatyai, korang akan rasa diri tu ibarat seorang vvvip hahaha sebabnya keluar je gate tu terus driver sana pulun pi kat korang and tanya nak pi mana. Tapi sebagai seorang traveller yang bijak, JANGAN CEPAT PERCAYA. Pedulikan je takpun kalau korang power boleh adjust harga, ha tawar menawar lah sampai pengsan. tu je konsep dia kat situ. JANGAN GIVE UP SAMPAI PUAS HATI. Kitorang masa tu terus jalan sampai ke satu agensi ni. Budak laki tanya harga van untuk sampai Ao Nang tu 1200 bhat. Hareyyyy maheii padahal sebenarnya bila baca blog lain, takde mahal camtu. End up aku step in and bermulalah sesi tawar sampai harga tu turun jadi 880 bhat, termasuk return sekali. Btw bagi siapa yang pergi krabi tu, be noted ye yang krabi town dengan ao nang tu agak jauh tau. So kalau hotel korang kat ao nang, beli tiket van yang kat ao nang terus. Lagipun kat krabi town , tak banyak night market and makanan halal. kalau kat ao nang tu berlambak.
Dalam pukul 1.30 pm kitorang gerak ke ao nang dengan van. van tu mmg muat muat je. Budak laki kat seat belakang lah yang seksa sikit. and van tu mmg akan hantar sampai depan hotel korang so no worries. Van tu akan stop selama 20 minit selepas 2 jam perjalanan. So sapa nak makan ka, gi toilet ka bolehlah melepas hajat masing masing. majority makanannya halal jangan risau. then selepas tu dia akan bawa sampai lah ke hotel.
![]() |
kat sana kitorang tak beli simkad pun sebab kat hotel wifi laju so communicate through walkie talkie je lol |
Btw malam tu yang kitorang semua keluar kejap rent motor tu, adalah jugak singgah kat few places and duduk lepak kat satu area ni. Jen teringin nak rasa pancake yang recommended kat krabi tu kitorang pun try. not baddd :D
Pukul 8 pagi lagi ,kitorang dah kumpul kat lobby atas arahan agent sebab dorang akan pick up kitorang dulu then stop by kat hotel hotel lain. by 9 am camtu semua dah sampai kat pantai and adalah tour guide tu bagi guideline sikit tentang apa yang kitorang akan explore haritu. So masatu dah ready pakai sunblock 10 inci lepastu jen and me dah ready sesiap pakai our hat yang beli malam semalam.
Bila dah agak agak petang tu and cuaca pun makin teruk, kitorang pun gerak balik ke hotel. Eee nasib baik sempat pusing semua pulau and puas dah mandi air then barulah hujan lebat gila. Btw muka aku sunburn teruk :( its okay semua tu ada solusinya hehe. Masa sampai hotel tu badan berpasir teruk so ingatkan singgah kejap kat swimming pool hotel untuk hilangkan pasir b4 masuk hotel tapi end up we spent almost an hour there sambung main air -.-
Ok then after that, balik bilik mandi mandi semua, kitorang pun rehat lah. Target nya kul 7 camtu nak kelua cari makan and souveniers kat market. Tapi memandangkan kami semua melayu, kami keluar dari hotel tu agak lambat juga since semua orang letih and terbabas tidur. Since aku sebenarnya dah draft kan post ni for almost a year, aku dah tak ingat dah details trip ni masa hari terakhir kat situ, maksud aku nama tempat yg kitorang pergi. But generally malam tu kitorally justb strolling around the area untuk cari souveniers and foods.
And by that, tamatlah blog yang dah hampir setahun aku tunda sebab malas nak tulis hehe. Sorry for the lacking of details but if there is anything you'd like to ask, just comment below :D
BYE BYE HATYAI/KRABI <3
No comments:
Post a Comment