so, standard lah, once dah lepak tu, segala rahsia sisi sisi kehidupan yang tak sembang kat whatsapp, terbuka , terselit, tersembang. haaa gitchewww. everyone's in a good mood so nak sembang apa pun okay. relationship tu topic wajib ,,, of course ! bukan harus, bukan makruh, tapi wajib. ini demi memastikan kita dapat target nasi minyak siapa yang dapat rasa dulu huhu. mana hubungan yang tersungkur tu, dijadikan pedoman. but actually this isnt the main point of me writing this post.
aku sebenarnya nak cerita pasal sedikit kesedaran yang aku dapat melalui cerita kawan kawan aku tentang.... family dorang.
biasalah, masalah family ni memang akan sentiasa bertunjangkan tentang orang ketiga yang hadir dalam sesebuah perhubungan. ada yang sampai bercerai berai difaktorkan hal ini.dalam kes kawan kawan aku semalam, tiada siapa yang bercerai, alhamdulillah cuma krisis emosi itu memang ada.
simpati dan pilu, sebenarnya bila lihat benda yang kita baca baik di dada dada akhbar sehinggalah ke media sosial, terleret ke realiti yang harus dihadapi,diharungi oleh sahabat sahabat kita yang mana usia masih mentah, sama sama masih dalam proses mematangkan fikiran tapi diuji dengan dugaan berat seperti itu. tapi siapa kita mahu melawan takdir. apa yang sudah jadi, jadikan iktibar dan pedoman.
kesetiaan itu cuma mainan bibir kalau tidak disertakan dengan tindakan yang seterusnya menjadi satu pembuktian bahawa janji yang ditabur, bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir. ye memang ayat seakan karangan spm ,siap ada peribahasa sebagai penguat struktur ayat, tapi cuba fahamkan point yang ingin disampaikan.
bagi aku kalau masih ragu pada tahap kesetiaan pasangan, atau kepercayaan itu masih belum total, baik dipertimbangkan dulu perhubungan itu sebelum dibawa ke alam perkahwinan. think about ur future childrens . sangat banyak issue issue mengenai broken families yang mewujudkan anak anak bermasalah yang membawa kepada kejatuhan moral dan pegangan. majoritinya kerana masalah dalaman keluarga yang mana sepatutnya mencorak nilai murni dan tempat berkasih sayang , namun sebaliknya menjadi penyebab hancurnya masa depan mereka. harus kita akur, keluarga itulah institusi utama dan kayu ukur kepada kecermelangan ataupun kegagalan sesebuah individu.
memang pahit untuk ditelan segala apa yang sudah terlihat, namun pahit itu jika kita cuba renungkan dan mencari iktibarnya, insyaAllah pahit itulah kelak yang akan menjadi penawar kepada tunjang utama permasalahan ini.
pesan depada diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca :)