INTERNSHIP AT AGRO-BIOTECH INSTITUTE MALAYSIA (ABI)


Assalamualaikum and hellooo

For years i've been aiming to write something about my internship experiences. Alhamdulillah ada rezeki untuk capai hasrat tu hehe. Internship ni kira dah last step dah untuk degree. Tamat internship phase maka tamatlah tanggungjawab aku sebagai (bakal) pemegang ijazah sarjanamuda sains dengan kepujian bioteknologi dengan pengurusan. Tinggal sarung jubah konvo and nangis nangis nak berpisah dengan kawan kawan U. Masa aku tulis post ni, aku baru habiskan about 2 weeks kat sini. Masih berbaki 7 minggu lagi LI aku kat sini.


First of all, semasa dapat tawaran, mestilah excited! Bila try google tempat ni, nampak cam besar and laboratory equipment pun canggih canggih. FYI, ABI ni is a biotech company yang not only came with their own products (Aquaculture, mushroom) but also providing STU ( service & training unit) for industrial & academic institutes. So aku pun cuak juga thinking project aku ni mesti susah susah. Since aku ambik double major, semasa kat uni dulu, aku rasa aku lebih tertumpu pada bidang biotek tapi tak dapat exposure yang cukup dari segi pengurusan pula. Btw FYP project aku adalah tentang pengenalpastian bakteria dari sampel saluran pemakanan ikan kelah liar menggunakan analisis metagenomik 16S. So aku dah experience lah buat project wet lab. Dalam hati tu adalah sekelumit harapan nak rasa buat management side pula untuk LI. At first, harapan tu memang agak samar samar until the day aku jumpa SV aku, Prof. Madya Dr Norihan Mohd Saleh. Dr Norihan ni adalah ED (Executive Director) ABI tau so lagi lah cuak aku nak meeting dengan dia. Turns out, she's a very warm and welcoming person, and the best part is she is willing to give us chance to explore the management side for my Industrial training. Masa tu aku dah happy gilaaaa sebab doa dimakbulkan nak lari dari wet lab jap hahaha.




So project aku kat sini adalah untuk finding strategic ways/plans to commercialize ABI's product (lobster) to gain new investor. So pandai pandai aku lah nak fikir macam mana nak make it possible. Dr cakap, she will expose us to the real scenario of handling biotech management by making own plans, proceed with paperwork ( LOTS OF EM) and meeting potential clients/investor. May Allah ease everythinggg. Cuak ok.

Prof. Madya Dr Norihan Mohd Saleh

Luckily, aku tak cuak sorang sorang. Sebabnya aku bukan sorang sorang lone ranger kat sini tapi ada lah peneman hehe. Azlina, jiji and elen pun dapat LI kat sini and yang paling bestnya, aku elen and jiji dapat SV yang sama sooo aku bolehlah brainstorm dengan dorang and rasa cuak, nervous sesama. Phewwww. Az tak dapat diselamatkan since dia dapat wet lab project but aku percaya seperti biasa she'll ace it ! Kitorang jadi pom pom girl Az je tiap kali dia letih daripada study project dia and sebab dia pun sorang sorang je kat lab atas sedangkan kitorang kat floor bawah dia dapat office sendiri and habiskan 75% of our time watching netflix, movies, playing games, sleeping and gossiping instead of discussing our project (NOT GOOD).

hahahahahah identiti dirahsiakan

Thanks to Allah mudahkan urusan kitorang kat sini, we managed to rent a place near the company with a very veryyyyy affordable price (RM 82 per head) and since Elen got her own car, so transportation is not a problem to us. We usually just went out for lunch ( 1pm-2pm mon-thurs. 12.30-2.45 fri) at any place near ABI and then cook dinner at home. I am ED at kitchen obviously hahaha. Azlina and jiji masing masing tengah polish skill memasak kat sini. kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Turn masak elen next week so macam mana kesudahannya, kena tunggu nanti hehe.



Since kitorang masuk masa akhir akhir bulan and nak ke penamat syawal so sempatlah join 2 jamuan raya. First is jamuan blok B and another one jamuan ABI, means that semua staff ada siap orang atasan lagi. Ada pertandingan menganyam ketupat and baju raya paling cun bagi student LI and staff okay. Nasib baik aku ada bawa baju raya 2 tahun lepas yang sebenarnya simple je tapi ada lah rezeki dapat menang award baju raya paling cun untuk LI student hahah. Untuk pertandingan menganyam pula, takde luck (( salahkan azlina and jiji)) sebab dorang tak dapat buat ketupat yang perfect hahahah.


Jamuan raya Blok B



Susah nak dapat gambar dorang selfie. So ku abadikan di sini ok.






Itu saja buat post kali ni, so harapnya sempatlah grad on time and habiskan fasa internship ni dengan jayanyaaa gituuuu.






3 comments:

INTERNSHIP AT AGRO-BIOTECH INSTITUTE MALAYSIA (ABI)

Assalamualaikum and hellooo For years i've been aiming to write something about my internship experiences. Alhamdulillah ada rezeki ...